Hotel (last posted 13/01/2012)
Ajad dengan keluarga ajad pergi bercuti di Pulau Pinang tahun lepas alang2 nak pergi kenduri kahwin saudara ajad dekat sana. Kitorang tinggal di sebuah hotel ni (nama hotel tak dinyatakan, takut bisnes diorang rosak sebab korang tak nak tinggal kat sana, hahaha) lepas kitorang check in, masing2 pergi bilik masing2. Ada 3 bilik kitorang booking, abang ajad yang kedua dengan isteri dia duduk bilik dekat koridor depan sekali. Bilik diorang tu jauh macam 10 meter je. Kira2 dekat juga la. Mak, abang ajad yang sulung dengan ayah ajad duduk dalam bilik sebelah bilik ajad, abang ajad ketiga dengan soon to be my sister in law. Bilik ajad seram gila masa tu, dah la gelap lorongnya, depan bilik kitoang ada tangga, tak berlampu pulak. Bilik ajad kira2 dua bilik terakhir dekat lorong tu. Dah tu, jalan mati lak hujung lorong. Memang seram gila la suasana dekat bilik ajad. Makcik ajad dengan family dia (anak dia la yang nak kahwin) pun tinggal dekat situ juga masa tu sebab isnin tu anak dia nikah di masjid dekat dengan hotel ni. Dia tinggal dekat sebelah bilik mak ajad. Lepas dah check in, unpack bags dengan rehat2 kejap, kitorang sekeluarga keluar la pergi singgah kulim rumah tok ajad sekejap, lepas tu kitorang naik feri balik ke Peneng (permandangan Pulau Pinang waktu malam cantik sangat sebab berlampu2 masa naik feri) Peneng tu lagi cantik sebab esoknya pula Christmas Day, traffic jammed gila malam tu. Nak cari kedai makan pun susah masa christmas sebab kedai tutup awal pastu. Lagipun, memang berzaman lamanya kalau nak pergi ke Batu Feringghi. Jadi kitorang makan di kedai mamak je malam tu. (Lapar punya pasal, telan jela apa yang ada)
Lepas makan, kitorang pun balik la ke hotel. Masing2 balik ke bilik masing2 sebab dah penat sangat. Bilik ajad dengan bilik abang ajad yang kedua semua dah tidur. Bilik mak ajad je yang menyala lagi lampu nya. diorang tengah tengok tv masa tu (malam Christmas banyak movies) Jadi mak ajad lepas dia mandi, dia letak tuala dia atas 1 kerusi ni. Pastu dia terus tidur. Abang sulung ajad dengan ayah ajad pun tidur lepas movie habis. Esok pagi tu, sebelum pukul 7 pagi, mak dengan ayah ajad bangun awal sebab nak siap2 pergi breakfast. Ayah ajad dia mandi dulu, mak ajad nak amik tuala dia dekat atas kerusi tu. Tengok2 dah tak ada. Mak ajad pun hairan, dia ingat ayah ajad guna tuala dia. Dia tanya ayah, ayah ajad lak cakap dia guna tuala dia sendiri. Ni mesti abang ajad yang sulung pakai tuala ni. Cari2 tak jumpa2 tuala tu. Bila mak ajad pergi ke katil, tengok2 tuala tu elok je terletak dekat bawah selimut. Mak ajad lagi la hairan sebab malam tu dia tak pergi ke toilet pun, memang tidur terus sampai pagi. Lagipun, mak ajad memang lepas mandi dia akan letak tuala tu kat satu tempat sebab dia nak keringkan tuala tu. Jadi siapa yang letak tuala tu dekat bawah selimut mak ajad? Bila breakfast, mak pun cerita la dekat kitorang semua yang bilik lain. Memang takut la kitorang semua, lagi2 yang di bilik ajad sebab kitorang punya depan pintu dah la takde lampu bila malam. Gelap gila! memang TAK takut la sangat la perasaan ni.
Lepas breakfast kitorang pergi la sambung jalan2 kat Peneng, kitorang pergi Bukit Bendera *terjumpe ade 1 kumpulan makcik dari korea, excited gila diorang naik cable car. Bila diorang cakap2, bunyi macam diorang sebut "mari potong sayur" dengan slang korea. Hahahaha (mesti korang cuba sebut mari potong sayur tu macam slang korea kan? hahahaha) Pastu pergi jalan2 dekat taman bunga, ada pulak monyet yang nak mengikut kitorng (nak kawan dengan tobek la tu, kucing ajad) kitorang jalan2 sampai penat gila, bila balik hotel masa petang tu macam pukul 3 ptg, kitorang mandi pastu boleh tertidur kejap dalam 2 jam camtuh (kejap ke 2 jam tu? hihihi)
Malam tu, dekat bilik abang ajad yang kedua. Kakak ipar ajad tengah nak tidur, abang ajad tu pulak menyinggah bilik kitorang kejap sebab nak tuntut maggie in cup dia. So kakak ipar ajad tu sorang2 dekat dalam bilik. Tiba2, dia terdengar bunyi orang berjalan kat atas bilik dia. Kakak ipar ajad ingat ada orang baru check in la kut dekat bilik atas ni. Tapi, macam mana pulak diorang check in bilik dekat atas sebab floor yang kitorang tinggal ni paling atas sekali. Atas kitorang ni, yang ada cuma bumbung je. bile kakak ipar ajad terfikir macam tu, memang tak ada la benda lain yang nak difikirkan. Terus tidur je la dia. Buat tak tau sudah dengan benda tu.
Esok paginya, ajad bangun awal (hari kenduri kahwin saudara ajad, kena la bersiap awal2 pagi sebab nak pergi makan breakfast) ajad pergi bilik mak ajad, nak hairdryer rambut ajad. Ajad tanya la mak ajad yang hantu dekat bilik tu ada kacau lagi ke? Ingatkan dah takda, rupanya mengacau orang lagi! Mak ajad masa tu tengah packing barang2 dia dalam beg sebab lepas breakfast nak terus check out lepastu. Mak ajad cucuk la mascara dia dalam ada satu ruang dalam beg makeup dia. Ruang ni ketat gila dalam beg tu, jadi mascara tu tak gerak2 dan susah nak cabut la. Kira2 susah la nak keluarkan balik. Mak ajad pergi tempat lain kejap je nak amik barang, tengok2 mascara tu terletak balik dekat atas meja. Mak ajad buat tak tau je la dengan benda tu. (nasib baik hantu tu tak tunjuk muka dia. Kalau tak, semua orang dekat hotel tu pengsan!)
Hotel tu berhantu mungkin disebabkan bilik-bilik kitorang ni di tingkat paling atas sekali, pastu paling hujung lorong. Macam kawasan yang ditinggalkan pulak. Mungkin bila cuti je hotel tu penuh, kalau tak asyik kosong je la tempat tu. Sebab tu la bilik2 situ 'berpenghuni'.