Friday, November 30, 2012

Haikyo!

Hey! Lama Ajad tak update blog ni kan? Korang semua sihat? Ajad pun sihat jugak. Ramai yang bagitau Ajad, suruh update blog yang dah usang ni. Hahahaha. Setelah sekian lamanya, (pergh, ayat gramatis! Hahaha) a comeback after 2 years! Ajad tau ramai yang dah kempunan nak cerita hantu. Hehehe.  Jadi, ajad nak kongsi banyak cerita hantu yang dah lama ajad kumpul. Jangan takut2 nak baca lak, be brave okay! Post ajad kali ni cerita pasal Haikyo, kalau nak tau ape kebendanya haikyo tu kena la baca sampai abis ye. 

Haikyo

Bunyi cam Aiyo pun ade, tapi perkataan Haikyo ni sebenarnya berasal daripada bahasa Jepun yang bermaksud tempat yang telah lame ditinggalkan or in english means abandoned/ruined places. Ajad sekarang suka cari gambar tempat2 'haikyo' kat dalam internet. (Peliknya hobi ajad. Hahahaha) Tempat2 yang dah lama ditinggalkan ni selalunya ada tuan yang baru 'mendiami' tempat tu. Ada sesetengah orang cakap, setakat beberapa hari je kita tinggalkan rumah kita, akan ada la yang nak 'tinggal' kat rumah kita. Hmmm, susah la camni. Mula2 duduk sorang2 kat rumah, lama2 ade yang tumpang tapi kita tak nampak la 'housemate' kita tu. Hehehe.

Ajad ada jumpa websites yang banyak cerita pasal Haikyo. Mostly are foreign websites. Lokasi Haikyo diorang sudah semestinya dekat negara jepun (dah perkataan Haikyo tu daripada bahase jepun, sah2 la tempat pon same). First time tengok gambar2 Haikyo, PERGH SERAM! Lagi2 kalau tempat macam hospital, sekolah, amusement park/taman tema, dan penjara. Ajad paling suka kalau amusement park yang dah lama ditinggalkan. Kita boleh nampak besi2 rollercoaster, merry go round,  bumper car dengan banguan tu berkarat dan mereput. Pokok2 tumbuh dan menjalar sekitar taman dan cat dinding dekat tempat tu dah pudar atau tanggal. Tempat yang dulunya seronok, ramai orang melawat, tempat yang penuh dengan jeritan dan ketawa pelawatnya menjadi sunyi sepi selamanya tanpa pengunjung dan bersuasana gelap gelita. Rasa seram pun ada bila tengok permainan yang untuk kanak2 macam merry go round tu static, mereput, dan terbayang-bayang budak2 main benda tu masa dulu. Mesti malam2 ada yang main merry go round tu (berdiri bulu roma ajad. hahaha). Macam mana la guard yang jaga tempat tu sekarang. Mesti banyak cerita hantu dia. Hehehehe.

Kebanyakkan tempat2 Haikyo ni selalunya jadi macam tu disebabkan masalah2 yang tertentu. Kalau bandar atau pulau yang ditinggalkan selalunya disebabkan peperangan, bencana alam atau radiasi nuclear. Contohnya macam Chernobyl di Russia. Bandar tu dah ditinggalkan lebih 20 tahun, Chernobyl ni sampai bila2 pun orang tak boleh nak tinggal dekat situ sebab tahap radiation/radiasi kat tempat tu tinggi, tak selamat untuk tinggal kat situ. Kalau nak tinggal jugak kat situ, maka (macam buku cerita hang tuah lak pakai maka2 ni) cacat2lah budak yang dilahirkan di situ sebab radiasi ni tak elok LANGSUNG untuk kesihatan orang tua dengan budak lagi2 ibu mengandung. Ia boleh mendatangkan banyak penyakit serta meragut nyawa. Macam manalah kalau nuclear plant di Malaysia ni meletup macam chernobyl, jangan katekan bandar tinggal, negara tinggal pon boleh jadi. Tapi sekarang tahap radiasi di Chernobyl dah turun dan tempat tu dah dibuka sebagai pusat perlancongan cuma korang kena la pakai topeng khas bile kat situ, kalau tak korang akan cakap "otak, otak, OTAK!' silap-silap korang jadi zombie lak nanti Hehehehe. Ni ada  link website orang yang suka explore tempat haikyo di dunia. Dan kebanyakkan lokasi yang diorang dah lawat terletak di negara Jepun http://www.michaeljohngrist.com/ruins-gallery/ Jepun ada banyak tempat macam ni sebab tempat2 ni diorang tak akan robohkan walaupun kita dah tinggalkan. Diorang nak biar tempat tu mereput dengan sendirinya. 

Kalau theme park/taman tema selalunya diorang tutup sebab bankrupt, ada orang mati/kemalangan kat theme park tu ataupun tak popular. Salah satunya ialah MIMALAND di Malaysia. (Bukan legoland ye!) Mimaland adalah taman tema pertama di Malaysia. Tak salah ajad terletak dekat Gombak (Idak le teman tau) Hanya orang yang dilahirkan sebelum tahun 1990 je yang tau tempat ni.   Ajad tak tau sangat tempat ni sebab ajad lahir tahun 1997 hehehe, tapi dulu tempat ni feymes gile wooo. Siap ade dinasour, hebat habis hahahaha. Ajad pernah nampak dalam filem Gila-gila Remaja. Mesti orang zaman dulu suka dating kat situ, kot2 la dulu tempat tu cam Sunway Lagoon. Abang2 ajad mase diorang kecik pernah la pegi situ dulu. Sampai giliran ajad tempat tu tutup plak. Kalau korang nak tau lebih lebih lanjut pasal mimaland ni, korang check la website ni http://arkibnegara.blogspot.com/2011/02/pembinaan-mimaland-1971.html.

Ni ada gambar tempat-tempat yang dah lama ditinggalkan.

Chernobyl,Russia

Chernobyl, Russia

Prypiat, Ukraine

Prypiat, Ukraine
Prypiat, Ukraine

Balaklava Submarine Base, Ukraine

Varosya Beach Resort City, Cyprus

Hashima Island, Japan

 
Takakonuma Greenland Park, Japan

Takakonuma Rollercoaster, Japan

Matsuo Kouzan, Japan

Cari Hantu



Ni cerita hantu yang ajad pernah baca dulu. Ada 3 orang lelaki, diorang nak cari hantu. Ajad bagi nama diorang A B C la ye. Si A bagitau dekat B dengan C yang ada satu rumah dekat rumah dia berhantu, dulu ada orang kena bunuh dekat situ. Jadi diorang pun pergi la sama2. Si A seorang je yang bawak kamera masa diorang nak cari hantu. Diorang bertiga masuk satu rumah, tangkap gambar semua tempat dalam rumah tu. Tapi, diorang tak jumpa hantu langsung. Jadi diorang kecewa la sebab plan diorang tak menjadi. Jadi masing2 balik rumah. Si A ni serba salah la sebab dia dah kecewakan kawan2 dia, jadi dia ingat nak photoshop gambar diorang. A nampak ada satu gambar diorang ber3 jadi dia tambah la hantu dalam gambar tu. Bila dah siap, dia excited tunjuk kat B dengan C. A pura-pura takut, tapiiiii. Si B dengan C muka pucat lesi sampai kalau kelar tangan mesti tak keluar darah. Si B mengeletar-geletar sambil bagitau si A 'weh, mana kau dapat gambar ni?' A pun cakap 'dalam kamera aku la' C pulak cakap 'macam mana boleh ada gambar kita bertiga? sedangkan kau sorang je yang pegang kamera tu!' Jeng Jeng Jeng!!

Agak2 macam mana la kalau jadi kat kita. Kalau ajad, dah ku bakar gambar itu! Kekekekeke. Serius la ajad cakap, kalau kita jumpa hantu, kita tak takut sebenarnya, kita cuma terkejut. Sebab bila kita nampak hantu, kita tak jangka nak jumpa benda tu. Tapi, kalau kita asyik fikir pasal hantu, jangan katakan hantu, bunyi angin bertiup pun boleh jadi seram. Jadi janganlah kita takut dengan hantu, muka/aset diorang yang buruk tu tak boleh nak bunuh kita pun. Hantu ni cuma boleh takutkan atau menarik kita ke dalam situasi yang merbahaya je. Kuatkan diri kita dan berani dalam apa jua keadaan. I had learnt from my experience :)

That's all for now. Kita jumpa lagi di minggu depan! (Check2 la facebook, kot2 ajad update awal)

Yang benar, 
Ajad (macam tulis surat plak)